Kehidupan peribadi Selena Gomez

Dari 2008 hingga 2010, Gomez menjalin hubungan dengan bintang Disney, Nick Jonas.[288] Gomez juga berpacaran dengan penyanyi Kanada, Justin Bieber dari 2011 hingga 2015.[289] Awal 2017, Gomez mula berpacaran dengan penyanyi The Weeknd, membuat kemunculan awam pertama di Met Gala.[290]

Agama

Gomez telah dibesarkan dalam kepercayaan Katolik. Sewaktu berumur 13 tahun, beliau mahukan cincin kemurnian, dan bapanya pergi ke gereja dan memintnya. Beliau menyatakan, "Dia sebenarnya menggunakan saya sebagai contoh untuk anak-anak lain. Saya akan menunaikan janji saya kepada diri sendiri, kepada keluarga saya dan kepada Tuhan." Penyanyi itu berhenti memakai cincin pada tahun 2010.[291] Gomez kemudian menyatakan pada tahun 2017 bahawa beliau tidak suka istilah "agama" dan kadangkala ia "mengalahkan saya", sambil menambah "Saya tidak tahu apakah itu semestinya saya percaya pada agama, sepertimana saya percaya kepada iman dan hubungan dengan Tuhan."[292]

Kesihatan

Gomez menderita lupus dan menjalani pemindahan buah pinggang pada musim panas 2017. Buah pinggang itu disumbangkan kepadanya oleh rakan dan pelakon, Francia Raisa.[293]

Rujukan

WikiPedia: Selena Gomez http://www.vogue.com.au/celebrity/news/selena+gome... http://kidstvmovies.about.com/od/wizardsofwaverlyp... http://kidstvmovies.about.com/od/wizardsofwaverlyp... http://movies.about.com/od/montecarlo/ig/Monte-Car... http://top40.about.com/od/singles/gr/selenagomezfa... http://www.accesshollywood.com/selena-gomez-gradua... http://news.adidas.com/GB/Latest-News/adidas-NEO-L... http://www.allmusic.com/album/revival-mw0002877757 http://www.allmusic.com/album/stars-dance-mw000255... http://www.allmusic.com/artist/selena-gomez-mn0000...